Azwa's FotoPage - - Fotopages.com
.:::.Aidilfitri 1429H @ Kedah & Perlis.:::.
Anyway, walaupun hari Sabtu baru semua dapat balik beraya di Perlis, tapi tetap meriah. Dalam kekalutan utk balik awal ke Kuala Nerang (sebab azwa n family nak balik KL Sabtu malam jugak), dapat jugak beraya di hampir kesemua rumah sedara mara di Perlis. Sebenarnya, byk lagi rumah yg tak pergi, tapi tak apa lah, tahun depan bila turn semua orang balik raya di KN dulu, sure boleh kawtim sumua rumah ;)
Petang tu, lepas balik dari beraya... lepas rehat2.. semua orang main sukaneka kat depan umah tok wan. Sib baik kawasan umah luas, so boleh laa buat lumba lari... and main baling2 bola. Azwa dan Abang Ngah Ashraf yg mmg tak sebulu dari masa pergi beraya lagi, still boleh main sama2 (sib baik laa...) tapi kena buat perjanjian 'perlawanan  persaudaraan' laa..kalau tak takut jugak lepas tu nnt ada yg tak puas hati LOL
Yg best jugak.. Qilah yg diam2 jadi pemerhati tu, sebenarnya ada hati nak main. Walaupun kak Qilah lambat join kitorang main (dah dekat Magrib pun), tapi tetap sempat main & still best!!  8-)
.:::.Aidilfitri 1429H @ Taiping & Penang.:::.
Tahun ni, balik beraya kat kampung Abah di Taiping. Tapi, kampung abah yang sebenar kat Penang. Tahun ni jugak, semua orang balik beraya kat Taiping, kecuali Pak Ngah pasal kena keje (taun depan Pak Lang punya turn keje lak ek.. ;) ).
Anyway, walaupun kurang korum sorang, raya tetap best. Accept for the last part yg azwa muntah kat umah Tok Mamu Hasan... tu laa, makan byk sangat anak burung mama ni LOL
Buat semua ;
"Anak tenuk menari-nari,
Anak kambing main tin,
Selamat Hari Raya Aidilfitri,
Maaf zahir dan batin"
.:::.Picnic @ Taman Jaya Park.:::.
So, pagi-pagi lagi, mama dah siapkan bekalan; nasi lemak, sambal ikan bilis, telur rebus dengan air teh-o beng se'tumbler'. Tempat tu menarik jugak laa, pasal waktu pegi tu tak ramai orang, then ada 2 tempat main, satu yang kecik, satu yg besar.
So, lepas je makan, activity azwa dan abah ialah main kat taman. At fist main dulu kat taman yg kecik tu, then baru pegi main kat taman yang besar sket. Best betul main, tapi tiba2 bos abah dah call mintak abah pegi opis (sibuk je.. :p). so kena laa balik umah :(
Anyway, mama dah janji nak bawak azwa lagi pegi taman.. kan mama?  8-)
.:::. Cuti-Cuti Malaysia @ Cameron Highland .:::.
Kami bertolak agak lewat hari tu. So, sampai di C.H pun dah hampir pukul 4 petang. Bila sampai saja di Brinchang, terus dapat rasa angin sejuk berkabus. Tebal giler kabus. Azwa suka betul time tu.. First time dapat bukak tingkap main angin. Kalau kat KL, jgn harap laa Mama nak bagi :)  Kami terus ke Tanah Rata utk check-in. Lepas check-in di TM Resort dan rehat2 sekejap, terus pegi jalan2.
Tempat pertama yg kami singgah ialah Multicrops Central Market dan Uncle Sam's Farm. Dua2 tempat ni bersebelahan so senang la. Berada di dalam daerah Brinchang, tempat ni mmg sejuk dan nyaman. Selesa betul! Anyway, tempat ni lebih kepada  tempat utk beli cenderahati. Byk pilihan dan cantik2 jugak. Disebabkan ini percutian KHAS kami utk meluangkan masa hanya utk Azwa, so kami bercadang utk betul2 bercuti. Peta dibeli dan azam dibuat.. semua tempat kita mesti pergi.. WAJIB! Bila tengok peta, byk sebenarnya tempat2 yg menarik utk dilawati kalau kat CH ni. Baru terfikir, cukup ke 3 hari? LOL
Uncle Sam's Farm pulak, tempat utk beli pokok2 bunga dan pokok2 hiasan. Pokok strawberry dan periuk kera pun ada! Mula2 bercita2 nak beli pokok tapi bila ingat balik, pokok yg ada pun jarang terbela.. baik tak payah laa..
Lepas tu, bertolak ke Vegetable Market, di kawasan Kea Farm & Green Cow, di daerah Brinchang. Anyway, tempat ni lebih kurang macam pasar sayur dan buah2an. Memang ramai yg menjual sayur-sayuran, bunga2 dan biasa laaa.. 'makanan ruji' kat sana... Strawberry. Tapi, yg paling best ialah, boleh beli sejenis cucur goreng iaitu, ubi keledek manis. Sangat sedap, dan rupa dia macam cekodok, tapi cantik sket laa, ala2 fish ball gitu :D
Sebelum balik ke resort, kami singgah di Pasar Malam Brinchang. Kalau diikutkan peta yg dibeli, pasar tu bukak setiap hujung minggu sahaja.. tapi sebenarnya, pasar ni dibuka SETIAP HARI bermula seawal pukul 3 petang. Tak byk makan yg dimasak oleh orang Melayu beragama Islam.. kebyakannya Chinese so nak makan agak sukar. Kedai makan Melayu banyak sebenarnya tapi tak bukak. So, pilihan makanan agak terhad. Tapi, satu gerai sup di pasar malam tu memang sangat menarik. Tak hairan laa kalau ramai pelanggan. Sup, ayam percik dan nasi goreng kampung... memang sangat2 sedap :)
Disebabkan hari dah malam, so terus balik ke resort. Sejuk giler malam tu.. Kitorang sampai tak boleh nak pijak lantai coz sejuk giler.. nyesal dengar cakap2 orang yg kata CH tak sejuk sangat.. Genting lagi sejuk.. You guys are so wrong!
Lepas makan, Azwa ajak main bricks dan teman dia melukis.. siap bawak drawing papers and colour pencils tu!! Sambil rehat2 dan tengok tv, terus zzzzz....
.:::. Hari Kedua [22 Dec 2007] .:::.
Hari kedua dimulakan dengan agak lambat. Kartun punya pasal laa nih. Pukul 11 baru pegi sarapan somewhere dekat Tanah Rata. Azwa buat lawak antarabangsa. As usual, dia yg akan kacau orang dulu.. tapi kali ni, dia pegi tiru apa orang sebelah buat.. Orang sebelah batuk, dia pun buat2 batuk jugak.. geram tul!
Lokasi pertama utk hari ni ialah Cameron Valley Tea Plantation yg terletak di Tanah Rata. Ada 2 tempat sebenarnya, tapi utk kali pertama, pergi yg ini dulu la. Hubby cakap, tempat ni dulu tak de parking lagi, tapi sekarang dah ada parking lot dah. So, senang la. Ada Tea House dan dibawahnyer ialah tempat penanaman teh. Utk turun ke bawah, memang agak mencabar terutama utk orang yg takut tinggi (macam Mama Azwa nih) dan turun bukit pakai high heel. Jalannyer sempit dan tangga tu ialah buatan ala kadar sahaja...
Tapi akhirnya, dapat jugak turun ke bawah dan menikmati pemandangan kat situ. Abah Azwa siap berpesan.. lepas pengalaman ni, sure rasa sangat berterima kasih dekat orang yg petik daun teh hari2 LOL Betul jugak :D
Berehat sekejap dekat Tea House dia. Makan Strawberry Cheesecake, carrot cake dan seteko air teh.. sedap!! Tapi Carrot cake dia tak sedap sangat :(
Lepas makan, bertolak ke Kasimanis Strawberry Farm. Terletak bersebelahan dengan Healthy Strawberry Farm.. Dua2 tempat ni tak menarik langsung.. biasa sangat. Nama je strawberry farm, tapi strawberry dia cam ciput je.. :p
Tapi, bunga yg dia tanam kat depan pintu tu mmg lawa. Tak tau nama apa.. tapi mmg lawa.. :D
Seterusnya, terus ke Cactus Valley. Tempat tu sangat2 besar dan terletak di atas bukit. Sepanjang perjalanan naik ke atas bukit tu adalah kawasan Cactus Valley tu. Bukan hanya cactus, tetapi byk pokok2 bunga dan yg paling menarik ialah tempat penanaman tomato dan apple cameron. Sangat-sangat cantik! Sayur2 segar pun ada ditanam dan dijual terus kat sini. Kalau nak makan pun boleh, ada disediakan di cafe. Tapi kitorang tak makan. Cuma beli 2 batang ais krim strawberry yg mmg dibuat menggunakan perahan strawberry asli. Menarik!!
Yg kelakar nye kat sini, Azwa takut dengan ikan koi. Tapi pandai pulak sebut 'ikan' :D Dengan patung burung tu pun dia takut. Menjerit2 dia kat situ..
Terus bertolak ke Butterfly Farm. Bayaran masuk dikenakan tapi tak ingat laa berapa. Dalam RM5 seorang kalau tak salah. Tapi memang berbaloi. Tempat ni dibahagikan kepada 3 bahagian. Bahagian hadapan ialah tempat haiwan2 yg jarang2 dijumpai. Katak yg pelik2 rupa dia pun ada termasuk laa ular yg pelbagai jenis. Bahagian bawah ialah tempat penanaman pelbagai jenis bunga termasuklah bunga ros. Sangat cantik. Dan part yg best ialah kawasan tertutup utk rama-rama. Memang banyak jenis rama2 dan semuanya hidup dalam kelompok masing2. Byk jugak yg dah mati di dalam air atau di atas2 tanah. Kesian... :( Kelakarnya, azwa takut sampai terjerit2.
Lokasi lawatan terakhir utk hari ini ialah BOH Plantation di Sg. Palas. Perjalanan ke tempat ni adalah sejauh 2km dan jalan nya sangat.. sangat.. sangat.. sempit. Baik pegi naik motor je.. Kebetulan, dalam perjalanan tu hujan turun.. mula2 ok tapi lepas tu lebat. Azwa pulak buat hal.. Dalam perjalanan dia pegi muntah laa pulak.. spoil tul!
Tak banyak yg boleh dibuat di sini.. selain menikmati pemandangan ladang teh sambil minum teh.. then pegi kedai jual teh beli cenderahati.. itu sahaja. Semua orang dah penat sebenarnya.. Azwa pun rasanya.. so, melepak adalah perkara yg sangat menarik waktu tu :D
Balik dari BOH Plantation, aku pegi beli baju dulu...coz baju bawak cukup2 utk 3 hari punya supply.. sekarang dah kurang satu :D after that, balik hotel, berehat dan keluar balik utk beli makanan.
Luckily, malam ni semua orang ada socks sendiri. So, dah tak sejuk lagi :)
.:::. Hari Ketiga [23 Dec 2007] .:::.
Pagi2 lagi kami semua dah bangun. Lepas bergambar kenang-kenangan kat sini (di dalam kabus), kami bertolak ke pekan Tanah Rata dan breakfast kat situ. Dan, tiba2 terjumpa my bro and his family. Owh...diam2 jugak ye... hahaaha... masing2 mengantoikan sesama sendiri :p
Terus ke Cameron Valley Tea Plantation yg lagi satu tu. Tempat ni landai giler.. tak mencabar langsung.. compared to the one yg kitorang pegi on the 2nd day, di sini kalau budak2 datang ok laa.. coz mmg senang nak berjalan masuk ke kawasan ladang.
Tak lama di sini, terus ke Rose Valley. Tempat yg sangat....sangat..sangat.. menarik. Masuk2 je, terus teruja ngan bau bunga dia. Dan, dlm byk2 bunga ros yg ada, ada satu jenis ni, bau dia lain daripada yg lain. Selain bunga ros, ada pelbagai spesis bunga lagi kat sini, termasuklah pokok labu. Ada satu kawasan kolam tu ditanam dengan pokok labu. Labu2 tu sangat laa besarnya... dan yg dah mati/kering, digantung sebagai perhiasan. Cantik betul...
Taman ni berbayar, so mmg berbaloi utk masuk coz betul2 terjaga. Tempat rehat dalam tu especially buaian rotan gantung tu.. sangat menarik. Azwa naik sampai tanak turun :D Tak pe laa sayang ye.. nnt kita pasang kat rumah ye :)
Hampir pukul 12 tengah hari, so kami balik ke hotel dulu utk check-out. Dalam perjalanan, Azwa muntah lagi.. hadoi.. baju baru nih.. dah kena beli baju lagi.. Abah Azwa je laa yg turun shopping baju.. Ntah nape tah Azwa nih, pening naik kereta kot.. coz perjalanan dia pun berbukit2 dan of coz berlekuk2, sure tak tahan pusing budak kecik nih :(
Checked-out pukul 1:30 petang setelah mandi. Then, destinasi seterusnya ialah Robinson Waterfall. Kami dah tengok tempat dia a day before.. tapi tak perasan pulak jungle trekking dia adalah sejauh 2.4 km! So, kensel la :D
Terus pergi ke Honey Bee Farm. Tak byk benda boleh tengok kat sini, cuma kotak2 lebah sahaja. Dan byk jugak lebah yg berkeliaran di sekitar kawasan tu. Amaran kalau nak masuk ke kawasan ini : "Jangan petik bunga dan jangan kacau lebah. "
Selepas itu, kami pergi ke beberapa tempat lagi. Camera nyer memori dah full. So kena catu penangkapan gambar. Kami pergi ke beberapa tempat utk "Pick your own strawberry" tapi semua tempat dah tutup kedai utk itu. Katanya, sekarang ni bukan musim buah strawberry, that's why tak byk strawberry..
Cari punya cari, akhirnya kami dapat jugak petik strawberry dekat Kea Farm & Green Cow. Sebenarnya, datang kat sini sebab Mama Azwa nak makan cekodok ubi tu lagi. Walaupun tak byk strawberry yg dah masak, tapi sekadar pelepas gian, boleh laa jugak dapat dalam 100g. Harga dia RM5.
Habis je petik strawberry, kami pun balik ke KL. Kesimpulannya, pengalaman ke CH mmg tidak dapat dilupakan. Suatu hari nanti, harap2 dapat datang ramai2 ngan family semua.. lagi meriah rasanya... :) And most probably in 3 years time.. dan masa tu insyaAllah Azwa dah pandai tanya itu ini. Lebih menarik kan??
.:::.Azwa Safrina dan Sambutan Aidilfitri 2007.:::.
Dengan ingatan tulus ikhlas daripada anak-anak dan cucu-cucunya...
Ucapan : Semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan berbahagia selalu.. Amin...
Sayang ayah... :)
Disebabkan Mama sangat...sangat...sangat sibuk sejak balik cuti raya hari tu.. so, baru sekarang berkesempatan utk edit dan upload gambar2 raya Azwa..
Tak byk benda yg boleh buat raya hari tu, pasal petang je asyik hujan. Yg pasti, raya pertama dan kedua dekat Kedah dan selapas tu dekat Taiping...
Dan, kali ni. selain dari pergi mandi kat burmese... azwa pegi belajar sejarah jugak kat muzium perak... Tengok gambar pun dah tau camne azwa belajar sejarah hari tu..
.:::.Kenangan Percutian.:::.
Awal-awal cuti tu, kami pergi ke Genting dulu. Tak buat apa2 pun. Abah ada meeting kat sana jugak, so Azwa ngan Mama asyik tido je dalam bilik. Sejuk.....dah laa ujan gerimis mengundang sepanjang hari... :D
.:::.Azwa Safrina dan Iklan Maggi.:::.
Fav yg lain ialah macaroni n cheese & spegetti. So, semalam Mama masak spegetti. First time tengok Azwa makan ala-ala iklan maggi. Dan first time dia makan bertambah LOL  Sukernyer!!!! Walaupun comot nauzubillah lepas tu sampai kena mandi lagi sekali, tapi tak pe la... janji dia nak makan.. Lepas makan, gosok gigi. Tu pun kalau nak gosok gigi kena gosok depan cermin macam dalam iklan.. betul laa orang kata, pengaruh iklan itu sangat kuat.. :-O  Dan lepas je mandi, terus Azwa pun...zzzzzz.....
.:::.Wajah-Wajah Azwa Safrina Bertudung.:::.
.:::.Azwa Safrina and The Chocolates.:::.
.:::.Berkelah @ Bukit Larut.:::.